Tuesday, March 8, 2011

Ar-Rahman Ar-Rahim

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam sebuah hadis,

عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ اَحَدُكُمْ اِلاَّوَهُوَ مُحْسِنٌ بِاللهِ الظَّنَّ فَاِنَّ قَوْمًا قَدْ اَرْدَاهُمْ سُوْءُ ظَنِّهِمْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِى ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ اَرْدَاكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ مِنَ الْحَاسِرِيْنَ)


Maksudnya : "Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah saw, Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajall (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi".

Huraian hadis

Hadis ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya bersangka baik dengan Allah SWT lebih-lebih lagi di saat menjelang ajal.

Dalam sebuah hadis yang lain,

أن النبي (ص) دخل على شاب وهو فى الموت فقال كيف تجدك ؟ قال والله يا رسول الله إنى أرجوا الله وإنى أخاف ذنوبي . فقال رسول الله (ص) لا يجتمعان فى قلب عبد فى مثل هذا المواطن إلا أعطاه الله ما يرجواوأمنه بما يخاف

Maksudnya : Bahawa Nabi saw pada satu hari telaah menziarahi seorang pemuda yang sedang sakit. Maka Nabi saw bertanya pemuda bagaimana keadaan kamu sekarang ? Jawab pemuda itu, demi Allah aku mengharapkan rahmat daripada Allah kerana aku sangat takut disebabkan banyak dosa yang telah aku lakukan. Nabi saw bersabda kepadanya, tidak berhimpun dua perkara dalam hati seseorang melainkan diberi oleh Allah SWT tentang apa yang diharapkannya dan dilepas kan dari apa yang ditakutinya. (Sunan at-Tirmizi)

Dalam sebuah hadis yang lain,

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, sekiranya sangkaannya terkadapKu baik maka baginya kebaikan, maka janganlah bersangka terhadap Allah swt melainkan yang baik.

Jika kita berdoa kepada Allah, maka hendaklah bersangka baik dengan Allah jika hajat kita tidak dimakbulkan. Mungkin Allah SWT mahu memberi yang lebih baik dari apa yang kita minta. Sekiranya kita ditimpa musibah, hendaklah kita yakin bahawa disebalik musibah yang diterima ada hikmahnya yang tersendiri . Justeru hendaklah bersifat redha kepada ketetapan Allah.

Sabda Rasulullah saw,

ما مصيب المسلم من وصب ولا نصب ولا سقم ولا حزن
حتي الهم يهمه إلا كفر به من سيئاته


Maksudnya : Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya. (HR Muslim)

Begitu juga sebaliknya apabila diberi nikmat, maka hendaklah sentiasa berfikir dan bermuhasabah apakah hikmah di sebalik ujian nikmat yang Allah SWT beri ini. Dan janganlah lupa bersyukur kepada-Nya.

Jika seseorang telah mengerjakan sesuatu amalan sholih, maka hendaklah dia bersangka baik dengan Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT akan menerima amalan soleh yang kita lakukan.

Wallahualam.

No comments: